Kronologi blog

Last week aku ada buat blog baru
thecuriousmind30.blogspot.com

Blog ni aku setting private je, invited readers je yg bleh masuk. Siapa-siapa kawan-kawan yg silent reader (baca:stalker) blog ni yg aku blom invite, sound la aku cuz aku boleh je grant access untuk korang. Tapi blog wordpress ini ada banyak entri yg best2 (entry dimana aku perah kepala otak sikit semasa menulisnya). Sayang la pulak nak delete. Entry-entry tertentu sudah diprivatekan atas sebab-sebab tertentu.

Nampaknya aku lebih suke mencipta blog dari menulis dalam blog.

Kronologi pemblogan aku.
1. Friendster (2003–2004)
Baru berjinak dalam dunia blogging. Sejak adanya Facebook, Friendster dah ketinggalan. Maka secara automatis, blog Friendster dah di delete.

2. Multiply (2004-2008)
Yang paling lama setakat ni. Boleh dikatakan blog ni membukukan asam garam kisah kehidupan seorang undergrad di Adelaide. Ditinggalkan kerana tak ramai orang boleh comment sebab kene buat account Multiply untuk comment; melecehkan. Yang tak bestnye Multiply ni tiada built-in sistem untuk ‘track’ visitor. Bagi si celik-IT perkara ini mungkin petik-jari sahaja, tapi tidak bagi aku yang buta-CSS dan HTML ni. Blog ini masih berada diruang maya sebab kalau aku delete blog ni aku dah tak boleh nak comment on blog kawan-kawan yang masih dimultiply. Multiply ni best untuk mass-upload gambar.

3. WordPress (2009–current)
Era baru bermula dalam hidup. Aku post pun sebulan at least sekali (gile malas). Budak Honours pun post lagi banyak dari aku dalam masa sebulan. Tapi aku selalu tension dengan WP ni sebab kekadang ada masalah takleh bukak la, load tak habis la, nak upload gamba, video etc. Pastuh aku suspect WP ni akan ada prob kat komputer yang lembap. WP ni aku nak buat private pun susah sebab visitor tu kene ada account WP baru boleh access blog ni. Kebutaan CSS/HTML/Java/whatever aku telah menyekat perkembangan blog ni.

4. Blogpsot (current–    )
The Curious Mind 3.0. Masih peringkat bayi lagi blog ni. Tertarik dengan blogspot sebab ramai kawan kat blogspot dan nampaknya lebih simple dari WP ni. By now, tak boleh nak bagi alasan buta CSS/HTML lagi sebab sudah masanya aku belajar asas-asasnya kot. Blog kawan-kawan di Blogspot banyak yang cun-cun layout dia. Aku pun tak pasti sama ada blog baru ini adalah satu “fad” atau sesuatu yang akan kekal.

Nombor 1 dan 2 dah tutup buku dan gulung tikar.

No 3 sayang nak buang. No 4, hmm rasa susah pulak nak maintain banyak-banyak ni. Mungkin No 3 ni aku perlu revamp, iaitu dengan mencipta satu alter-ego, atau persona, atau dalam bahasa non-psikologinya, karakter la. Blog keempat adalah dimana anima-animus aku akan bersuara. Oklah enough of Jungian psychology. Sila la Google kalau tak faham.

Kesimpulannya aku pun tak tahu kenapa mencipta blog tu lebih best dari menulis blog. Pening jugak nak maintain blog banyak-banyak ni. What do you guys think? Ada cadangan?

Advertisements

4 Comments »

  1. Mr Huhu Said:

    tuka r yg penting inform

    mane r tau kang ko jadik PM ke ade r komen2 aku dlm ko nyer autobiografi

    • thecuriousmind Said:

      inform? yes, which is what I’m doing here

      PM? Penat Menulis boleh la.

  2. Pushie Said:

    just update the most current blog. wp ni keep je. takyah buang. sayang post2 yg dah ditulis. just takyah update. susah nak maintain banyak blog. confuse.

    • thecuriousmind Said:

      memang confuse. banyak sgt username dan password yg kene diingat sampai password e-KWSP sendiri boleh terlupa.


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: